CK Beauty - Spa Beauty Center - Postnatal

CK Beauty Postnatal

* Mother & Baby Care *

Menyediakan pakej urutan selepas bersalin, penjagaan ibu dan anak semasa berpantang di rumah.

Sebagai seorang wanita, kita patut dan wajib jaga diri kita terutama selepas menjalankan tanggung jawab yang sangat besar dan sangat indah di saat menjadi ibu, melahirkan zuriat ke dunia ini.

Di CK Beauty SPA, kami bukan sahaja mempunyai pakar-pakar terapi yang terlatih, berpengalaman dan prihatin, tetapi perkhidmatan kami adalah secara mobile yang membantu anda tenang menjalani proses berpantang dengan mudah dan selesa di rumah anda.

Pakej-pakej berpantang bermula dari rawatan 3 hari hingga ke 44 hari yang merangkumi rawatan untuk ibu dan baby sekali. Setiap pakej berpantang telah direka khas supaya dapat memenuhi segala keperluan setiap ibu . Pakej-pakej kami adalah sangat fleksibel. Ibu-ibu mempunyai pilihan untuk menikmati perkhidmatan kami sejurus selepas bersalin.

KENAPA PILIH CK BEAUTY?

  • 'One stop centre' untuk penjagaan berpantang
  • Mempunyai barisan bidan yang terlatih dan berpengalaman seramai lebih 30 org di kawasan Muar dan Melaka serta di luar kawasan 1jam dari Muar dan melaka
  • Terdapat pelbagai pakej yang menarik
  • Boleh tentukan sendiri jumlah hari ibu berpantang
  • Semua Pakej termasuk caj pengangkutan
  • Bidan kami bertanggungjawab dan senang kerjasama

Perancangan awal tu penting.Ibu dinasihatkan membuat tempahan sekurang-kurangnya 1@2 bulan awal sebelum tarikh dijangka bersalin.